NASIHAT Dato' Dr Fadhilah Kamsah KEPADA PARA SUAMI...
Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga
kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda
lebih baik dan canggih dari emak anda..
4.Jangan demand seks
sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan
semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5.Kalau pasangan
dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada
suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak
sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan
isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur,
memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri.
Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan
sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8.Kalau nak ajak
member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua
in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah
cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang
terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat,
permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin
sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..
11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali
mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12.Jangan kedekut
dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat
penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman
lelaki..
13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki.
Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.
Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan,
selagi itulah dia rela nak tolong.
14.Jangan bersepah dan
bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah
guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi
bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat
asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena
ajar ke?
15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan
bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua
tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.
17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main
lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh
tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti,
siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah
rumah awak?
19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang
dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka
belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum
tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar
dari seorang ustaz.
22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang
pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris.
*Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap
masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa
yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga.
Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa
sahaja.
Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung
kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam
keluarganya.
Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab
dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin
kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Isteri harus menjaga
kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar
menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.
Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.
Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui
peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang
lain.
Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap
secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang
telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.*
[TUDIA...nah
ngko..panjang lebaq..ayat biasa che sab...yang baik n boleh ikut..kita
ikut...tapi..tak semua orang sempurna..tapi belajarlah untuk lengkap
melengkapi...antara suami isteri...dalam satu perkahwinan..takdak sapa
yg nak mencorakkannya kecuali kita...SUAMI ISTERI, orang
ketiga..shhhoh..shohhhh...p main jauh2]
No comments:
Post a Comment