Sunday, September 16, 2012

kenapa suka cium anak???

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

·         ·     Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang  sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

 

·         ·     Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas  dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke  dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

 

·         ·     Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

 

·         ·     Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut  menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu   dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.   

·         ·     Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.  Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada   seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak  menyayangi tidak pula akan disayangi.”

 

·         ·     Barangsiapa   ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

 

·         ·     Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah   dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

 

·         ·     Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu   bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah   kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak   ke atas dirimu.”




Perbualan antara abah dan kakak hana...

Perbualan diantara En.Erman dan anak kesayangannya Kakak Hana dan
perbualan ini terjadi semasa kami berada diatas jambatan pulau pinang dan semasa itu hujan turun sangat lebat dan bunyi guruh yang agak kuat:

Perbualan 1:

Kakak hana: abah, kenapa boleh ada guruh masa hujan ya bah...???

abah: oh! Kakak, ini disebabkan oleh pertembungan diantara ion-ion cas positif dan negatif yang mana mekanismenya...bla..bla..bla...

Che sab cun: Erk....terkujut..awatla ..2 beranak nie...aku konpius..

En.Erman buat muka selamba..sambil angkat2 kening..(che sab hangin)

Kakak hana: oh...paham-paham( apa yg dia paham..i tak taulah)

Perbualan 2 :

Kakak hana: Abah, kalau hujan tak turun, ikan dilaut akan mati tak abah?

Abah: Kakak dengan peratusan air laut yang mencecah lebih kurang 90% meliputi muka bumi kita, tidak mungkin..bla..bla..bla...

Che sab cun: Speechless...(awatla..jadi lagu nie)

En.Erman masih buat muka selamba version 2(seb baik u tu hubby i tau...)

Kakak hana: oh...ikan tak mati..takpalah...(sambil sengih2..buat2 paham)

che sab cun: apakah..?????

Perbualan 3:

Kakak Hana: abah, kakak tak nak dah p sekolah kat vital years.

abah: (dengan muka cemas, sebab anak tak nak p belajaq) awat kak oi???

Kakak Hana: kakak sudah kaya, kakak boleh beli macam2 kat abah.
(sebab selalu jugak nasihat, kakak kena belajaq rajin2.jadi orang yang berjaya.jangan menyusahkan orang lain.mama ngan abah bukan orang senang.nanti kakak ada duit sendiri dan kakak nak beli macam2 belilah)

Abah: kakak ambik duit kat mana kak???

Kakak Hana: kakak pun heran lah abah, kakak p rumah beraya, depa bagi duit kat kakak.tak tau pasaipa.pastu, kakak duit banyaklah...haih abah nie...

En.erman: Anak sapa nie nadia???? (sambil jeling2 kat i)

che sab cun: ya ampun kakak, mama tak pernah ajaq ka..kata yg tu namanya 'DUIT RAYA' homaigod!!!

Rentetan dari kejadian diatas:

En.erman: duk pikiaq ayat2 yg bersesuaian nak jawab kalau anak2 tanya.
Che sab Cun: update kat Fb saja...ha2!!
kakak hana..masih lagi tanya soklan2 bombas the steak...
adui~~~~

Merepeks...dimalam hari...

Syukur ke hadrat Ilahi sebab diberikan rezeki yang murah, kesihatan nyang baik, anak2 yang sedikit nakal dan kawan2 yang best sepanjang tahun 2012..
walaupun pengalaman menjadi Y/M di MOPD hospital sangat memeritkan dan ngeri ,akan ku jadikan itu pengalaman yang tak dapat dilupakan

KAWAN...
nak cari yang biasa2 saja senang
nak cari kawan gosip..of kos ramai
nak cari kawan2 yg dengar rintihan hati sedikit sahaja
nak cari kawan makan kawan, tikam belakang, lidah bercabang, batu api..
wow! cukup senang..sangat senang..kenapa ek???
Dengan kawan sejati..best pren foreva lili

that guy nie..kawan sehidup semati...
dan aku tetap ada kawan2 yang dah lama kawan ngan aku tetap BEST!!!!
entahlah..sepanjang hidup kat muka bumi..pelbagai kawan yang aku jumpa..
tapi..kawan tetapi kawan..apa2 pun..family tetap no.1
hurm~~~

KERJA
apabila kita bekerja kita akan jumpa ramai orang
fikiran lebih terbuka
jumpa pelbagai jenis ragam manusia
yang tak akan dapat dijual beli
dengan kerja kita akan dapat duit
dan dengan kerjalah ,kehidupan kita akan lebih terjamin...
hurm lagi~~~

HATI
nak jaga hati dan perasaan orang ..agak sukar
biasalah..mak kan laser...
tak semua orang sukakan mak..nyah oi!!!
tapi, i nie kan jenis manusia yang jaga hati orang
kalau i suka sindir2 kat org tu..maksudnya i belajar sindir kat orang tu lah
(hang nie chesab...benda yang buruk tu ah hang belajaq..haih!)
kalau i kutuk2orang tu..selalunya i kutuk depan2..ala..main2 saja..
i tak akan kutuk dengan muka bengis, muka keji n muka org menyampah...ha2!!!
my falsafah senang ja babe..orang tak suka kat i..
sila nyah kau dalam hidup i...
jangan kacau i n family i sudah...
senang kan...
tapi yang herannya..org suka kacau i
i heranlah
pamous kot i kan???
ha2!!!

oklah..che sab merepek dimalam hari...
jangan terasa ya kawan2
tapi kepada sesiapa yang buat naya kat i
forgive can lah..but forget..of course cannot
(takmaulah kawan ngan manusia macam tu..seb baik dah blah dari hidup aku)

Setahun sudah...

wah..wah..setahun dah tak tulis kat blog nie..ya ampun..
(ikut suka hati hang jer che sab..)
ha..ha.ha..
aduila..
biasalah semangat naik turun..hu2!!

raya kali ini sudah 3 tahun kami menetap di Bandar Laguna merbok
alhamdulillah, cukup selesa disini
rumah murah,keluar masuk pun dekat dengan pekan dan yang penting sekali rumah sendili..yeah!!!

Hari pertama beraya bersama keluarga mertua..
serunuk sebab boleh kenal ramai lagi adik beradik yang masih tidak kenal (adui! ayat apakah ini)

Hari kedua beraya di perlis
pekena sup lembu, mak ai..shedap tu nyah!!!
then, pecut ke padang besaq untuk kesepuluh kalinya..hua2!!!

apa2 pun..
tak tau nak tulis apa lagi..
selamat melihat pic2 yang banyak ini...
bubai!



 pic family..kredit to my brother : che chin
 muka budak jealous setelah mama ngan abah bergambar berdua

Hakim, che puteh, tila n khairul
 kak chik's family
 mama n adik kesayanganya
buat perangai...! hu2!!