Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh
digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.
·
· Barangsiapa
yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan
Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
·
· Ciumlah
anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung
kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai
kanak-kanak.
·
· Barangsiapa
keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah
dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah
dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
·
· Muliakan
anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan
anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa
yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu
turut diperolehinya.
·
· Aqrak pernah
terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;”Anakku
sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
·
· Barangsiapa
ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia
memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang
sangat berhajat.
·
· Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
·
· Seorang
lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab
baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu
bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah
kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke
atas dirimu.”
1 comment:
salam singgah... izinkan sy copy entry ni yea.. thx
Post a Comment