Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..
"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin
puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan
bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka
tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka
mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya
seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah
melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan
suami saya berkerja biasa saja..
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi,
putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi
diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan
masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan
setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala
keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak
pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak
biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di
rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj
kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja
sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30
tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis
tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah
sampai ke tahap hubungan sek Bila saya bersemuka dan bertanya
kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti
dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin
hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan
memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum,
membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya
hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat
cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan
cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman
wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap,
fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun
tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya
pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau
bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal,
tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya,
bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik
menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer,
mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang
baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki
yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya
akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan
begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga
saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk
kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau
bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh
di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia
berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami
sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming
session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk
lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit
tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan
menarik.
Che sab cun : Perkahwinan adalah sesuatu yang
sangat menyeronokan + stress + busan +gumbira + shedih +jiwang+ merjauk
tak tentu hala+ penat +dan macam2...Penting di sini kita memahami erti
perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat untuk kita bertindak zalim
dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita
mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan
perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak
dengan bijak dengan penuh hikmah . Diulang ...jangan bertindak kejam
terhadap pasangan kita( adalah jugak..mintak macam2...tapi time BONUS
sahaja...muah..ha..ha..) takada sapa pun yg perfect kan..bukan saya
cakap kat laki sahaja..pompuan pun ada jugak yg mengada2...saya ingatkan
diri saya...
No comments:
Post a Comment